Bismillahirrahmanirrahim
Duduk di Mesir, bergelumang dengan ramai orang susah, memang sangat mendidik. Mudah-mudahan Allah jadikan kita dikalangan mereka yang mahu mendidik diri..
Tadi, naik microbus (tremco : sebutan di kalangan orang melayu) dari Haiyu Sabek ke Nadi Sikkah. Tambangnya LE1.25. Untuk perjalanan yang agak dekat, memang terasa agak perit setiap kali mengeluarkan lebih LE1.25 dari Haiyu Sabek, tapi pada hakikatnya, microbus memang kenderaan awam kedua termurah (selepas bas 50pt).
Kalau dulu (7 tahun yang lampau).. bayaran microbus tak begitu mahal. LE1.00 dari Haiyu Asyir ke Ramses, kalau dari Haiyu 7 pula, kadang-kadang ada pemandu yang pemurah, 75pt dapat sampai ke Ramses dah, dan kalau kita minta ke Nadi Sikkah, biasanya dikurangkan lagi bayaran tambang. Tapi kini, dari mana-mana pukul rata LE1.25.
Kembali ke pemandu tremco yang tadi. Ada penumpang yang minta untuk turun di Ta’min As-Sihi (Hospital terkenal di Rab’ah). Kalau ikut jalan laluan microbus yang biasa, sememangnya tak lalu, namun pemandu tersebut mengatakan ya, dan mengajak penumpang naik. Sampai di hujung Sabek, pemandu meminta penumpang turun dan menyuruhnya berjalan dari situ ke hospital tersebut. Saya yang dibelakang ni hanya menggelengkan kepala. Kasihan kepada penumpang yang dah bayar tambang tapi terpaksa berjalan setengah kilometer lagi pada tengah hari yang panas terik.
Begitulah hari-hari di Mesir, ada saja adegan-adegan yang tak enak dilihat, kasihan juga penumpang tadi.. Dalam hati, dah terfikir betapa zalimnya si pemandu.. Mengambil kesempatan ke atas menumpang yang lemah (yang gayanya seperti orang kampung..)
Microbus terus belok ke kiri, memandu ke arah Madinah Jamiyyah di Haiyu Sadis, tiba-tiba pemandu menjerit ke arah kami… “Siapa yang turun di Nadi Sikkah? Nah baki, 25pt.” Pelik. Hairan bin Ajaib. Tak pernah sebelum ni dapat baki kalau turun di Nadi Sikkah. Biasanya bayar penuh. Herm.. rupa-rupanya pemandu yang saya anggapkan “zalim” tadi, taklah sezalim yang disangkakan.. Malah pemurah dan baik hati. Sungguh, sejak kenaikan harga mendadak semua kenderaan awam sekitar dua tahun yang lalu, rasanya ini kali pertama saya naik microbus dengan harga yang sebegitu murah.
Gelagat pemandu microbus memang sukar untuk ditafsir. Banyak unexpected expectations. Pernah sekali saya bertanya kepada pemandu, dalam perjalanan ke Iskandariah.. “Berapa lama perjalanan ni pakcik?” Jawapannya? Panjang, sarat dengan tazkirah.. katanya, kita buat apa yang termampu, dia sebagai pemandu, akan memandu dengan hemat (hehe! ~tapi betul, Alhamdulillah pemandu ni tak speeding dan pandu dengan penuh cermat), kami yang dalam van ni duduk dan berdoa, insyaAllah akan sampai ke destinasi. Van ada, jalan ada, pemandu dan penumpang pun ada. Paling penting tawakkal pada Allah, moga Allah selamtkan kita sepanjang perjalanan.. Fuuuhh.. berpeluh juga dengar.
Kalau pemandu yang buat kita bagai nak marah pun ramai. Terutama yang suka nak tipu duit tambang. Al-maklum, tambang tak begitu tetap.. Kadang-kadang dari Nadi Sikkah ke Awal Abbas 50pt, kadang-kadang 75pt. Beza 25pt boleh buat kita naik merah padam. Bukan sebab duit, tapi sebab rasa tertindas.
Tapi ini tarbiyyah juga, kan? Tarbiyyah untuk cuba melupakan tuntutan-tuntutan dan hak diri sendiri.. Tapi menunaikan hak ke atas orang lain. Tarbiyyah untuk kita ingat yang Allah tu Maha Adil, hak yang tak tertunai di dunia, akan ditunaikan di akhirat..
Kadang-kadang terfikir seorang diri.. hai si pemandu tremco yang mengambil rubu’-rubu’ (25pt) penumpang.. kalaulah dikau tahu betapa nilai rubu’ tu di akhirat kelak, pasti engkau tinggalkan.. Sedangkan rubu’ itu di dunia ini tetap rubu’, tak mampu nak beli lebih dari sebungkus wafer yang kecil..
Halalkan sajalah. Kalau saya halalkan Alhamdulillah, si pemandu akan terlepas dari dosa rubu’ dan saya, tetap akan dapatkan hak saya di akhirat. Win-win, kan? Namun, mungkin tak ramai yang fikir begini… dan lebih sedih lagi, di negara miskin ini, ramai yang tak mampu nak menanggung kekurangan walaupun hanya sekadar rubu’ sehari, mereka ini dizalimi.
Alhamdulillah, saya masih mampu nak burn-kan rubu’ saya, malah lebih dari rubu’ pun.. Tertunggu-tunggu pengalaman hari esok dengan si pemandu tremco lagi. :>
Ceramah Syiah Bersempena Maulidurrasul..
14 years ago
1 comment:
masih sentiasa bersabar & tak pandai2 lg bergaduh dgn pemandu tremco..sebenarnya kesian jugak.depa pun org miskin.niat sedekah & berlapang dada je la..
Post a Comment